Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Polis Indonesia bunuh empat militan

$
0
0
Utama

Jakarta: Polis Indonesia menembak mati empat orang disyaki militan yang terbabit dalam serangan bom menyebabkan tiga maut di sebuah bangunan menempatkan kafe Starbucks bandar raya ini, petang ini.

Menurut Reuters, jurucakap polis, Iqbal Kabid, berkata: “Kami mengepung dan menutup sepenuhnya bangunan itu.

“Pertempuran antara polis dengan militan berlaku dalam pawagam di bangunan berkenaan.”

Media Indonesia melaporkan enam letupan berlaku dan menurut saksi tembak menembak masih kedengaran selepas beberapa jam serang bom berkenaan.

“Tingkap Starbucks pecah akibat letupan itu. Saya nampak tiga mayat di atas jalan serta bunyi tembakan. Saya lihat ada seseorang di atas bumbung dan polis mengacukan senjata api kepadanya,” kata jurugambar Reuters

Menurut Metro TV, polis mengesyaki ada 14 lelaki bersenjata terbabit dalam serangan itu dan penembak tepat ditempatkan di atas bumbung bangunan sekitar tempat kejadian.

Sementara itu AP melaporkan, sekurang-kurangnya tiga penyerang nekad meletupkan bom dalam Starbucks serta beberapa lelaki bersenjata menyerang pos polis berdekatan.

Menurut AP, seorang lagi jurucakap polis, Anton Charliyan, berkata Indonesia menerima ancaman daripada pihak yang mengaku sebagai Negara Islam (IS) yang mahu menjadikan negara itu sebagai sasaran namun setakat ini, polis belum dapat memastikan siapa yang melakukan serangan bom ini.

Menurut media, seorang rakyat Belanda dan seorang lagi rakyat asing antara yang terbunuh namun ia belum dapat disahkan. - Agensi

Images: 

ind1a.jpg

Image: 

ind1.jpg

Image: 

ind3.jpg

Image: 

ind4.jpg

Image: 
GN4id: 
12556137
Lead: 

Jakarta: Polis Indonesia menembak mati empat orang disyaki militan yang terbabit dalam serangan bom menyebabkan tiga maut di sebuah bangunan menempatkan kafe Starbucks bandar raya ini, petang ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853