Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tiga ditahan samun subkontraktor

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Kulim: Suami isteri dan seorang anggota tentera ditahan selepas disyaki menyamun RM57,000 tunai milik subkontraktor warga Myanmar, di Jalan Kulim-Baling, di sini, tengah malam Selasa lalu.

Kejadian berlaku pada 12.45 tengah malam, sebelum suami isteri berusia 35 dan 34 tahun serta anggota tentera berusia 31 tahun berjaya ditahan jam 3 petang hari sama.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad, berkata mangsa kerugian RM27,000 miliknya dan RM30,000 milik pekerjanya yang mahu dihantar kepada keluarga masing-masing.

Katanya, mangsa sedang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang selepas membayar gaji pekerjanya di tapak pembinaan Taman DesaKu di Padang Meha, di sini.

"Secara tiba-tiba sebuah motosikal dinaiki dua suspek menghampiri mangsa dan menyamun wang dibawanya dengan bersenjatakan pisau sebelum melarikan diri.

"Berikutan laporan mangsa, polis menjalankan Ops Cantas lalu menahan pasangan suami isteri di sebuah rumah di Sungai Kob, sebelum turut menahan anggota tentera terbabit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, di sini, hari ini.

Katanya, polis kini memburu seorang lelaki berusia 30-an dipercayai perancang utama yang menghilangkan diri untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

Images: 

garijela

Image: 
GN4id: 
12555110
Lead: 

Kulim: Suami isteri dan seorang anggota tentera ditahan selepas disyaki menyamun RM57,000 tunai milik subkontraktor warga Myanmar, di Jalan Kulim-Baling, di sini, tengah malam Selasa lalu.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853