Kuala Pilah: Polis menemui mayat bayi lelaki cukup sifat yang ditanam dalam belukar di Dangi, Kuala Pilah, 6 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaluddin berkata, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri bergegas ke kampung terbabit selepas mendapat maklumat pasangan itu menyembunyikan kelahiran.
Katanya, pasukan forensik tiba di tempat kejadian sebelum memulakan kerja penggalian dan menemui mayat bayi dalam bungkusan kain.
"Sebaik membuka bungkusan terbabit, bayi berkenaan ditemui dalam keadaan cukup sifat dan sudah kecut. Soal siasat ke atas suspek mengakui dia bersama adik lelakinya berusia 19 tahun menanam bayi milik teman wanitanya dalam belukar tepi rumah terbabit.
"Berikutan itu, wanita berusia 25 tahun dan teman lelakinya berusia 22 tahun ditahan bagi membantu siasatan," katanya sambil menjelaskan jantina bayi terbabit masih belum dapat disahkan dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.
Katanya, teman wanitanya dilaporkan melahirkan bayi lelaki itu di rumah flat Taman Semarak Nilai, Ahad lalu namun bayi itu meninggal dunia.
"Kami menerima maklumat mengatakan bayi itu meninggal dunia dan dibawa ke Kuala Pilah untuk dikebumikan tanpa pengetahuan sesiapa," katanya.
12116hazreen1
Kuala Pilah: Polis menemui mayat bayi lelaki cukup sifat yang ditanam dalam belukar di Dangi, Kuala Pilah, 6 petang tadi.