Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Lapan kanak-kanak dilarikan IS

$
0
0
Utama

kalidevi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Lapan kanak-kanak tempatan berusia tiga hingga tujuh tahun sudah direkrut dan dilarikan ke Syria dan Iraq oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) untuk menjadi pelapis perjuangan mereka.

Pengarah Bahagian Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, berkata, sehingga ke hari ini, risikan pihaknya mendapati sekurang-kurangnya 47 rakyat Malaysia sudah menyertai IS di Syria dan Iraq termasuk 12 wanita.

"Berdasarkan maklumat yang diterima, lapan kanak-kanak sudah direkrut dan dilarikan ke sana untuk meneruskan perjuangan mereka,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini 55 rakyat tempatan berada di negara tetapi lapan daripada mereka sudah pulang ke tanah air sebelum ditahan dan didakwa di mahkamah.

"Ada juga ahli keluarga militan ini yang meminta bantuan kami untuk membawa pulang mereka ke tanah air tetapi 'pejuang IS' ini enggan pulang," katanya.

Images: 

AP6567406b

Image: 
GN4id: 
12521375
Lead: 

Kuala Lumpur: Lapan kanak-kanak tempatan berusia tiga hingga tujuh tahun sudah direkrut dan dilarikan ke Syria dan Iraq oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) untuk menjadi pelapis perjuangan mereka.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853