Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Sarapan bersama Sultan Ibrahim [METROTV]

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Muar: Pengunjung di Restoran Al Ziya Fathima di Pusat Perniagaan Mas Jaya, Jalan Salleh teruja apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mencemar duli bersantapan pagi bersama mereka kira-kira 6.45 pagi tadi.

Baginda tiba menaiki kenderaan rasmi dengan diiringi Pegawai Daerah Muar, Ramlee A Rahman ternyata mengejutkan kira-kira 20 pengunjung yang tidak menyangka menerima keberangkatan baginda pada pagi ini.

Sultan Ibrahim juga memesan santapan kegemaran baginda iaitu roti canai kari kambing dan ayam dan minuman halia o ais bagi menikmati santapan baginda bersama rakyat.

Malah tuanku juga turut berkenan meluangkan masa bersembang bersama rakyat termasuk bergambar bersama pengunjung di restoran terbabit.

Selepas berkenan meluangkan masa selama kira-kira 40 minit, baginda kemudiannya berangkat pulang ke IstanaTanjung dengan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda baginda.

Images: 

salam1

Image: 

salam2

Image: 

salam3

Image: 
GN4id: 
12387313
Lead: 

Muar: Pengunjung di Restoran Al Ziya Fathima di Pusat Perniagaan Mas Jaya, Jalan Salleh teruja apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mencemar duli bersantapan pagi bersama mereka kira-kira 6.45 pagi tadi.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Videos: 
Sarapan bersama Sultan Ibrahim
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853