Kuala Lumpur: Isteri pengarah, Syafiq Yusof, Aiesyah Zainal, 24, selamat bersalin anak perempuan seberat 3.6 kilogram, jam 1.56 petang tadi di hospital di sini.
"Alhamdulillah, hari pertama tahun baru ini saya diberikan khabar gembira apabila isteri selamat bersalin secara normal. Saya berada di sisi isteri sepanjang proses bersalin.
"Diakui memang kasihan melihat keadaannya ketika itu. Tetapi selepas melihat wajah anak, tak ada kata-kata dapat digambarkan selain rasa syukur. Terima kasih Allah untuk rezeki ini," katanya.
Menurut Syafiq, anak perempuannya itu diberi nama Nuur Jannah Mohd Syafiq.
"Doktor belum memaklumkan lagi bila isteri dan anak akan dibenar keluar hospital. Kalau tak ada masalah, insya Allah esok atau lusa.
"Selepas ini isteri akan menjalani proses berpantang di rumah kami di Taman Melawati," katanya.
Syafiq yang kini sibuk mengarah filem Abang Long Fadil akan kembali ke lokasi pada Ahad ini.
"Saya ambil cuti selama dua hari iaitu sehingga esok. Selepas itu saya perlu meneruskan penggambaran yang berbaki dalam beberapa minggu lagi," katanya.
Syafiq yang juga anak kepada pengarah dan penerbit ternama, Datuk Yusof Haslam mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada April 2014.
syaf1
Kuala Lumpur: Isteri pengarah, Syafiq Yusof, Aiesyah Zainal, 24, selamat bersalin anak perempuan seberat 3.6 kilogram, jam 1.56 petang tadi di hospital di sini.