nursaliawati@mediaprima.com.my
Melaka: Pemandu dan kelindan lori maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap pokok tumbang ketika melalui Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah- Jasin (AMJ) di Bachang, berhampiran persimpangan lampu isyarat Melaka Sentral, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu, pemandu Toh Lai Heng, 63, dan kelindan berusia 41 tahun yang tersepit dalam kenderaan itu maut di tempat kejadian.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu Pegawai Bomba Kanan II Khairuldin Atan berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 2.48 petang, dua jentera bomba masing-masing dari BBP Jalan Kubu dan Tangga Batu dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sejurus tiba bomba mendapati kedua-dua mangsa tersepit dalam lori dengan batang pokok menghempap bumbung kenderaan itu.
"Mangsa disahkan meninggal oleh pegawai perubatan dan mayat mereka dibawa keluar 10 minit kemudian sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat," katanya.