Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Bertempiaran elak dihempap besi

$
0
0
Utama

norizuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Lima pekerja cedera dengan seorang daripadanya parah apabila struktur besi perancah sebuah projek pembinaan bangunan empat tingkat runtuh di Lorong Sarawak, Taman Melawati, di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, ketika kejadian kira-kira jam 10 malam itu, ada 25 pekerja Indonesia dan Bangladesh sedang melakukan kerja pembinaan apabila perancah besi terbabit runtuh.

Katanya, seorang mangsa terperangkap dalam runtuhan itu manakala pekerja lain bertempiaran berlari menyelamatkan diri.

“Seramai 20 anggota dan pegawai dikerahkan ke lokasi selepas menerima maklumat awam.

"Kita berjaya membawa keluar mangsa yang terperangkap itu dari bawah runtuhan.

“Mangsa berkenaan cedera parah dan di hantar ke Hospital Ampang bersama empat lagi rakan sekerjanya yang cedera ringan," katanya.

Sani berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.

Images: 

rntah.jpg

Image: 

rnth1.jpg

Image: 
GN4id: 
12339893
Lead: 

Kuala Lumpur: Lima pekerja cedera dengan seorang daripadanya parah apabila struktur besi perancah sebuah projek pembinaan bangunan empat tingkat runtuh di Lorong Sarawak, Taman Melawati, di sini, malam tadi.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853