Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Salah melindungi pendatang

$
0
0
Mutakhir

maiamalina@hmetro.com.my

Kota Bharu: Seorang jurukimpal dihukum penjara tiga tahun dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, atas tuduhan menyembunyikan dua migran dari Myanmar, 11 Oktober lalu.

Hakim Ahmad Bache menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Abdul Razak Harun,37, mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Tertuduh didakwa menyembunyi atau melindungi dua pendatang asing dari Myanmar iaitu Soe dan Tun di rumah kosong di Kampung Tasik Bakong, Bukit Tandak, Rantau Panjang, antara 6 petang dan 6.30 petang, 11 Oktober 2015.

Untuk itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Images: 

court2

Image: 
GN4id: 
12333005
Lead: 

Kota Bharu: Seorang jurukimpal dihukum penjara tiga tahun dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, atas tuduhan menyembunyikan dua migran dari Myanmar, 11 Oktober lalu.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853