Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh, 30, yang bakal melangsungkan pernikahan dengan ahli perniagaan Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, 27, Khamis ini mengaku sudah memeluk Islam sejak beberapa minggu lalu.
Marsha yang mengekalkan nama asalnya berkata, dia berharap keputusannya memeluk Islam tidak disensasikan kerana ia terlalu peribadi buatnya.
“Saya bersyukur kerana semuanya berjalan seperti yang dirancang. Saya mohon supaya perkara ini tidak disensasikan demi menghormati keluarga kedua belah pihak,” katanya.
Marsha bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh dia memeluk Islam dan di mana ia dilakukan.
Dia berkata, majlis pernikahannya yang akan diadakan di Pulau Pinang, Khamis ini yang akan diadakan secara tertutup dan dihadiri keluarga dan teman rapat kedua-dua belah pihak saja.
Majlis persandingan pula akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini pada 8 Januari depan.
mar3