Kuala Lumpur: Penganggur dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas kesalahan mencuri tiga botol losyen badan.
Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Nor Fitri Abd Manaf, 27, selepas dia mengaku bersalah mencuri tiga botol losyen badan jenama Nivea bernilai RM65.70 di Pasaraya Mydin, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, 4.45 petang, 27 Disember lalu.
Mahkamah memerintahkan tertuduh yang tidak diwakili peguam menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 27 Disember.
Muhammad Nor Fitri didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda.
Terdahulu, ketika rayuan tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia perlu menjaga ibunya yang sakit dan juga berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira keseriusan kes curi selain memberi pengajaran kepada tertuduh. - Bernama
cot1
Kuala Lumpur: Penganggur dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas kesalahan mencuri tiga botol losyen badan.