Ipoh : Seorang bekas pengawal keselamatan berusia 24 tahun dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah membunuh Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, kira- kira empat tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap Syahmie Hassan, 24, yang didapati bersalah membunuh Dr Rohani Kassim di unit 9, Blok F, tingkat satu, Persiaran Lembah Perpaduan, PangsapuriPermai Lake View, Ulu Kinta antara jam 6 petang hingga 7.30 malam pada 3 Ogos 2011.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong manakala tertuduh diwakili Rafael Abdullah.
FOTO Supian Ahmad
IP310715SP001
IP310715SP003