Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Didakwa kebas sumbu badak

$
0
0
Utama

sab@hmetro.com.my

Johor Bahru: Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan mengambil sumbu badak milik Muzium Diraja Johor, Oktober lalu.

Tertuduh, Yusof Sharif, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Yusof didakwa mengambil sumbu badak yang disimpan di hadapan Muzium Diraja Johor, Bangunan Sultan Ibrahim tanpa kebenaran sah.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu pada 2.30 petang, 19 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Rahimah Abdul Majid, manakala tertuduh diwakili peguam bela Datuk Hanif Hassan.

Mahkamah menetapkan 31 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Images: 
GN4id: 
12310623
Lead: 

Johor Bahru: Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan mengambil sumbu badak milik Muzium Diraja Johor, Oktober lalu.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853