Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

IKHLAS tuntut RM1 juta

$
0
0
Utama

murni@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) memfailkan saman menuntut RM1 juta terhadap Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan, Ketua Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, dan dua lagi, berhubung rampasan peranti dan perisa vape ahli mereka.

IKHLAS sebagai plaintif turut menamakan Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Ketua Polis Negara sebagai defendan.

Mereka memfailkan permohonan itu melalui Termizi & Co di kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Berdasarkan writ dan penyata tuntutan, IKHLAS menuntut deklarasi bahawa tindakan defendan menyerbu dan merampas peranti, mod dan cecair vape milik ahli plaintif adalah tidak sah, salah dan batal.

Mereka menuntut deklarasi bahawa pengharaman penjualan vape melalui penguatkuasaan peringkat negeri terutamanya pihak berkuasa tempatan adalah ultra vires dan bertentangan dengan undang-undang.

IKHLAS juga menuntut semua defendan memulangkan kembali barang peranti, mof dan cecair perasa yang dirampas dari ahli dalam masa tujuh hari perintah dibuat.

Selain itu mereka menuntut ganti rugi am, khas, teladan dan teruk sebanyak RM1 juta.

Images: 
GN4id: 
12306686
Lead: 

Kuala Lumpur: Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) memfailkan saman menuntut RM1 juta terhadap Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan, Ketua Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, dan dua lagi, berhubung rampasan peranti dan perisa vape ahli mereka.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853