Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Lemas hidu asap dalam saluran air

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Sungai Petani: Lelaki berusia 35 tahun maut selepas lemas terhidu asap di dalam saluran air berukuran 1.2 meter lebar dan 21 meter panjang ketika menangkap ikan di Batu Lintang, Tikam Batu, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa, Ahmad Riduan Abd Aziz masuk ke dalam saluran itu bersama dua rakannya.

Bagaimanapun, mangsa lemas akibat terhidu asap dari enjin menyedut air yang masuk ke dalam saluran air itu, manakala dua rakannya itu selamat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Penguasa Bomba Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.34 pagi dan tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.

Menurutnya, mayat hanya berjaya dibawa keluar dua jam kemudian oleh anggota bomba dari Balai Bomba Tikam Batu.

"Bomba terpaksa mengepam keluar terlebih dahulu air di dalam saluran itu sebelum pasukan penyelamat di air (PPDA) bomba masuk ke dalam untuk membawa keluar mangsa.

"Mayat kemudian diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat," katanya.

Images: 

salur.png

Image: 
GN4id: 
12286710
Lead: 

Sungai Petani: Lelaki berusia 35 tahun maut selepas lemas terhidu asap di dalam saluran air berukuran 1.2 meter lebar dan 21 meter panjang ketika menangkap ikan di Batu Lintang, Tikam Batu, di sini, pagi tadi.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853