Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Semoga Mohd Hasif terus tabah

$
0
0
Utama

hmetroshahalam@hmetro.com.my

Banting: "Saya gembira duduk di rumah Cik Yah (ibu saudara) sebab ada nenek, abang long dan abang ngah (abang saudara)," kata Mohd Hasif Abd Halim, 8, yang yatim piatu sekelip mata selepas ibu, bapa dan tiga kakaknya terkorban akibat lemas di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu, Sabtu lalu.

Menurut Mohd Hasif, dia kini sudah mula tidur lena berbanding beberapa hari sebelum ini, berikutan masih terbayang tragedi yang berlaku terhadap keluarganya.

"Sebelum ini, nak tidur pun tak boleh sebab saya asyik terbayang sahaja waktu yang saya nampak ummi, abi dan kakak lemas. Kalau boleh saya tidak mahu ingat lagi.

"Sejak tinggal di rumah Cik Yah, saya gembira sebab ada nenek, abang long dan abang ngah yang sentiasa menemani saya untuk bermain atau pergi berjalan," katanya.

Mohd Hasif berkata, kehadiran kedua-dua abang saudaranya adalah tepat pada waktu dia memerlukan seseorang sebagai rakan penghibur di kala duka.

"Cik Yah dah berjanji nak ajak saya sekolah di sini supaya dekat dengan abang long dan abang ngah.

"Saya tak kisah sebab lebih seronok tinggal di sini sebab ada kawan berbanding di rumah sendiri (Puncak Alam)", katanya ketika ditemui di Program Sinar Kasih anjuran Yayasan Pembangunan Anak Yatim dan Miskin (PEMANGKIN) di kediaman ibu saudaranya, Sabariah Samian, 38, (Cik Yah) di Teluk Panglima Garang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Sabariah berkata, Mohd Hasif kini sudah mula ceria berikutan faktor pergaulan dengan rakan sebaya.

"Kami sekeluarga tahu dia tidak mungkin dapat lupakan peristiwa pahit yang menimpa keluarganya dengan mudah, jadi kami sering bertanya sama ada dia sedang sedih atau tidak.

"Kami mahu dia luahkan perasaan dan tidak mahu dia memendam perasaan, supaya perasaan itu tidak memakan diri pada kemudian hari," katanya.

Menurut Sabariah, Mohd Hasif sememangnya rapat dengan dua anaknya, Abdullah Azzam Annur Azalan, 12, (abang long) dan Abdullah Altah Addris Azalan, 11. (abang ngah)

"Saya tidak mahu psikologinya terganggu, kerana dia masih kecil. Di usia seperti dia, kami sekeluarga harus beri sokongan dan sentiasa memastikan mentalnya tidak terganggu," katanya yang juga Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Kuala Langat, Selangor.

Dalam kejadian Sabtu lalu, Mohd Hasif terselamat kerana berada di daratan, namun dia melihat bapanya, Mohd. Halim Samian, 44, dan ibunya, Nurul 'Adilah @ Salaiwati, 39, serta tiga kakaknya, Nurul 'Arifah, 16, Nurul Hidayah Aina, 11, dan Nurul Izah, 10, lemas.

Sementara itu, Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) , Datuk Abibullah Samsudin berkata, program berkenaan diadakan bagi memberi bantuan meringankan beban keluarga terdekat dalam menangani keperluan anak yang terbabit dalam musibah bencana.

"Sebanyak RM4,800 diserahkan pada hari ini sebagai bantuan di peringkat awal sebagai melengkapkan usaha agensi kerajaan kepada keluarga terdekat mangsa.

"Dari segi bantuan bulanan, Mohd Hasif layak menerima RM200 daripda pihak kami sebagai duit belanja atau membeli alat kelengkapan persekolahan," katanya.

Images: 

hasifff.png

Image: 
GN4id: 
12285160
Lead: 

Banting: "Saya gembira duduk di rumah Cik Yah (ibu saudara) sebab ada nenek, abang long dan abang ngah (abang saudara)," kata Mohd Hasif Abd Halim, 8, yang yatim piatu sekelip mata selepas ibu, bapa dan tiga kakaknya terkorban akibat lemas di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu, Sabtu lalu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853