Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Port otai kena palam [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Pusat hiburan ini menjadi kegemaran orang Islam yang sudah berusia dalam lingkungan 40-an dan 50-an atau ‘otai-otai’ untuk berhibur dan minum arak," kata Ketua Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Wan Jaafar Wan Ahmad.

Dalam serbuan di pusat hiburan di Jalan Lumut di sini, awal pagi tadi, tiga lelaki termasuk penjawat awam dan seorang wanita beragama Islam ditahan atas kesalahan meminum arak.

Wan Jaafar berkata, penjawat awam berusia 40-an turut didapati memiliki senjata api selepas diperiksa.

"Kita bawa dia ke balai polis berdekatan kerana mempunyai senjata api," katanya.

Sebelum itu, serbuan turut dibuat di satu lagi pusat hiburan di Taman Sri Rampai dan seorang lelaki ditahan juga atas kesalahan meminum arak.

Wan Jaafar berkata, daripada dua serbuan itu 10 orang diberi notis pemberitahuan untuk hadir ke ibu pejabat JAWI untuk diberikan kaunseling.

Manakala mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 19 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 iaitu meminum minuman keras.

"Usaha sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk menyedarkan masyarakat Islam mengenai bahayanya kerana Islam memang melarang umatnya meminum arak.

"Kita nasihatkan orang Islam terutamanya yang sudah berumur supaya jangan meminum arak dan mengambil bahan terlarang yang mendatangkan kerosakan kepada tubuh badan kita," katanya selepas operasi berkenaan berakhir.

Operasi yang dijalankan dari 12 tengah malam sehingga 2.30 pagi disertai 25 anggota penguatkuasa JAWI bersama lapan penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan dua pegawai dari cawangan siasatan jenayah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Images: 

251215izul1a

Image: 
GN4id: 
12284807
Lead: 

Kuala Lumpur: "Pusat hiburan ini menjadi kegemaran orang Islam yang sudah berusia dalam lingkungan 40-an dan 50-an atau ‘otai-otai’ untuk berhibur dan minum arak," kata Ketua Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Wan Jaafar Wan Ahmad.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Videos: 
JAWI serbu dua pusat hiburan
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853