Kuantan: Budak lelaki berusia setahun maut selepas bapanya tidak sengaja melanggarnya ketika mengundurkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Perajurit 7,Kompleks Perumahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Taman Balok Perdana, di sini, 8 pagi tadi.
Mangsa, Azeem Iskandar Ridzdwan meninggal dunia selepas dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan(HTAA), di sini.
Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, kejadian berlaku ketika bapa mangsa berusia 43 tahun yang juga anggota TLDM mahu mengundurkan MPV Proton Exora untuk ke tempat kerjanya.
"Ketika bapa mangsa mahu keluarkan MPV itu dari rumah, secara tiba-tiba dia melanggar sesuatu menyebabkannya memeriksa di bahagian belakang MPV terbabit.
"Bagaimanapun, dia terkejut objek yang dilanggar itu adalah anaknya sendiri sebelum bergegas membawa mangsa ke HTAA untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi, di sini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
undur.png