Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Empat terbunuh

$
0
0
Utama

izlaily@hmetro.com.my

Johor Bahru: Empat terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 56.7, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, dekat Kota Tinggi, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi, tiga lelaki menaiki Proton Satria dan seorang penumpang Proton Saga FLX maut di tempat kejadian. Pemandu Proton Saga FLX mengalami kecederaan.

Mereka yang terbunuh adalah Fatimah Yet, 41; Muhamad Rizan Ab Kadir, 34; Mohd Remey Wahab, 28 dan seorang lagi lelaki yang identitinya belum dikenalpasti.

Pemandu yang cedera pula adalah Md Jefri Johari, 43, iaitu suami kepada Fatimah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Satria dari arah Sungai Rengit menghala Kota Tinggi terbabas dan bertembung dengan Proton Saga FLX dari arah bertentangan.

Beliau berkata, semua yang maut dihantar ke Hospital Kota Tinggi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Images: 

matu

Image: 
GN4id: 
12195959
Lead: 

Johor Bahru: Empat terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 56.7, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, dekat Kota Tinggi, hari ini.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853