Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Terlepas tuduhan tipu RM67 juta

$
0
0
Utama

zura_jalil@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Dua bekas pengarah syarikat termasuk seorang bergelar Datuk dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, daripada 134 tuduhan menipu pegawai bank menggunakan dokumen palsu membabitkan lebih RM67 juta, tiga tahun lalu.

Hakim Mohd Nasir Nordin memutuskan demikian terhadap bekas Pengarah Koperasi Permodalan Felda Quality (KPFQ), Datuk Tan Han Kook, 61, dan bekas Ketua Pegawai Operasi syarikat itu, Ching Siew Cheong, 53, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mereka didakwa menipu pegawai bank itu dengan mengemukakan dokumen palsu bagi permohonan tuntutan kemudahan 'Banker Acceptance' sekali

gus mendorong pihak bank memindahkan RM67,435,143, kepada tiga syarikat pengusaha makanan, Asia Food Link Sdn Bhd, Violet Bonanza Sdn Bhd dan Stanson Marketing Sdn Bhd.

Perbuatan itu dilakukan kedua-dua mereka di Malayan Banking Berhad, Tingkat 8, Menara Hap Seng, Jalan P Ramlee di sini, antara 23 Oktober 2011 dan 24 Februari 2012.

Images: 

19courter

Image: 
GN4id: 
12193434
Lead: 

Kuala Lumpur: Dua bekas pengarah syarikat termasuk seorang bergelar Datuk dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, daripada 134 tuduhan menipu pegawai bank menggunakan dokumen palsu membabitkan lebih RM67 juta, tiga tahun lalu.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853