Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Gadis kakaktua [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Gombak: Beli original dan ikut saluran betul jika inginkan yang berkualiti dan terbaik.

Itulah pesan penuntut kolej, Hema Farnana Shek Mamad 23, atau lebih mesra dipanggil Hema Shek oleh rakan Facebook jika ada yang mencari dan memelihara burung kakatua atau monyet terkecil di dunia, Mormoset.

Hema Shek, berkata walaupun harga seekor kakaktua boleh mencecah lebih RM1,000, ia memang berbaloi kerana burung itu mempunyai jangka hayat yang panjang.

“Saya mula meminati hobi ini ketika ibu memberikannya sebagai hadiah hari lahir ayah, kira-kira 10 tahun lalu. Gelagat dan keletah manja kakaktua membuatkan saya ingin lebih tahu dan cuba membiaknya sendiri,” katanya.

Menurutnya, dia kini mempunyai 150 kakatua terdiri daripada 30 spesis selain Mormoset, Kucing Bengal dan Serval yang juga menjadi haiwan kegemarannya.

Katanya, antara spesis kakaktua menjadi peliharaannya sekarang adalah seperti Blue Gold Macau, Green Winged Macau, Galah Cockatoo, Major Mitchelle Cockatoo, Eclectus dan African Grey.

“Bagi memastikan semua haiwan peliharaannya sihat dan tidak terbiar daripada sebarang penyakit, saya sering membuat rujukan daripada Internet, majalah dan yang penting pandangan pakar daripada Zoo Negara,” katanya.

Katanya, dia sering mendapat jemputan untuk tujuan pertunjukan daripada sekolah dan beberapa syarikat, pada hujung minggu.

Images: 

akakak

Image: 
GN4id: 
12181699
Lead: 

Gombak: Beli original dan ikut saluran betul jika inginkan yang berkualiti dan terbaik.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Videos: 
Pengemar burung kakak tua
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853