Kuala Lumpur: Identiti atlet bina badan berprofil tinggi yang gagal ujian doping akhirnya terdedah.
Juara Mr Universe sebanyak 10 kali, Sazali Samad dilihat hadir mengadap jawatankuasa disiplin Persatuan Bina Badan Malaysia (MBF) di Kompleks Sukan Desa Tasik, Sungai Besi sebentar tadi.
Arena Metro hari ini melaporkan atlet berprofil tinggi berkenaan diarahkan untuk membela diri susulan didapati positif menggunakan steroid.
Keputusan berkenaan hadir selepas Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) menjalankan ujian pada 1 September lalu.
Menurut peraturan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA), Sazali berdepan penggantungan empat tahun.
Selain gelaran Mr Universe, Sazali turut bergelar Mr Asia sebanyak sembilan kali.
17sazali
Kuala Lumpur: Identiti atlet bina badan berprofil tinggi yang gagal ujian doping akhirnya terdedah.