Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Jadi 'MacGyver' pun terjejas juga [METROTV]

$
0
0
Utama

mazizul@hmetro.com.my

Sungai Buloh: "Saya perlu mengubahsuai perabot rumah seperti katil dan almari sebagai persediaan menghadapi banjir yang kerap berlaku," kata pesara Ahmad Ibrahim, 58, yang sudah 38 tahun menetap di Kampung Kubu Gajah, di sini.

Ahmad berkata, sejak tiga tahun lalu memang selalu banjir tetapi kejadian baru-baru ini lebih teruk sehingga melepasi katil walaupun kaki katil dan almari televisyen sudah ditinggikan.

Ahmad yang tinggal bersama 10 ahli keluarganya yang lain ditemui ketika membersihkan rumah dan membetulkan perabotnya yang rosak selepas dilanda banjir kilat setinggi 1.5 meter pada petang Ahad lalu.

Banjir berkenaan yang surut antara 2 hingga 4 pagi keesokkan harinya merosakkan hampir semua harta benda penduduk seperti barangan elektrik dan kenderaan.

Sementara itu, Norisa Ibrahim, 29, yang sudah tinggal di kampung itu sejak 12 tahun lalu bersama empat lagi ahli keluarganya semakin trauma selepas kejadian berkenaan.

"Kami sekeluarga trauma sangat dan tidak tidur lena sebab perlu berjaga-jaga. Sekarang ini kerap sangat banjir," katanya.

"Barangan berniaga saya seperti baju dan mesin jahit rosak apabila air banjir melepasi tingkap dan kami terpaksa menyelamatkan diri ke rumah abang," katanya.

Manakala seorang pekerja swasta Ahmad Kamil Abdullah, 37, berkata, kejadian ini pertama kali menimpanya sejak kali terakhir 17 tahun lalu.

"Rumah saya agak jauh dari anak sungai tetapi saya terkejut selepas pulang ke rumah pada 6 petang Ahad apabila air sudah memasuki rumah separas betis," katanya.

"Berdasarkan perbualan dengan orang-orang kampung, kami simpulkan antara sebab banjir ini ialah projek pembangunan perumahan berdekatan," katanya yang enggan mengulas lanjut.

"Kalau boleh pemimpin lawat kawasan rumah kami ini dan kenalpasti apa punca yang menyebabkan banjir ini berlaku," katanya yang sudah 25 tahun mendiami rumah berkenaan.

Mereka antara puluhan keluarga yang terjejas hingga mengalami kerugian beribu-ribu ringgit akibat banjir kilat selepas hujan turun lebih dua jam pada hari kejadian.

Images: 

16banj

Image: 

16banj2

Image: 
GN4id: 
12147626
Lead: 

Sungai Buloh: "Saya perlu mengubahsuai perabot rumah seperti katil dan almari sebagai persediaan menghadapi banjir yang kerap berlaku," kata pesara Ahmad Ibrahim, 58, yang sudah 38 tahun menetap di Kampung Kubu Gajah, di sini.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Videos: 
Kubu Gajah dilanda banjir
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853