Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Dipenjara lindungi suami IS

$
0
0
Utama

sarah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ketua kerani di Jabatan Perangkaan Negara dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini tadi, atas pertuduhan melindungi suaminya yang juga seorang pengganas Negara Islam (IS) lelaki di sebuah poliklinik di Taman Pekan Baru, Sungai Petani, Kedah, tahun lalu.

Hakim Kamardin Hashim menjatuhkan hukuman itu terhadapPoziah Harun, 42, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan bermula dari tarikh tangkapan, 19 Ogos lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, Poziah didakwa melindungi Zulkarnain Ghaz Abdul Ghani yang diketahui melakukan perbuatan pengganas di sebuah poliklinik di Jalan Masjid, Taman Pekan Baru, Sungai Petani, Kedah, dari awal September hingga Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 130K (a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 130K kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara seumur hidup dan denda atau 20 tahun penjara dan denda, jika disabit kesalahan.

Images: 

16mahka

Image: 
GN4id: 
12145431
Lead: 

Kuala Lumpur: Ketua kerani di Jabatan Perangkaan Negara dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini tadi, atas pertuduhan melindungi suaminya yang juga seorang pengganas Negara Islam (IS) lelaki di sebuah poliklinik di Taman Pekan Baru, Sungai Petani, Kedah, tahun lalu.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853