Kuala Lumpur: Mayat remaja berusia 14 tahun dipercayai seorang daripada tiga mangsa yang hilang di Sungai Puyoh, Kem Perdana Sungai Besi, petang semalam ditemui di tasik PPR Muhibah pagi tadi.
Difahamkan, mayat Remmy Julian anak Raymond Joe, 14, ditemui kira-kira 10.30 pagi tadi.
Dua lagi kanak-kanak yang khuatiri lemas masih gagal ditemui pasukan penyelamat sehingga 10.30 pagi tadi.
Operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan pihak bomba disambung semula pada 8 pagi tadi selepas dihentikan sementara pada 3.30 pagi tadi.
Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Abu Obaidat Mohamad berkata, operasi tertumpu di kawasan sungai di belakang PPR Permai, Sungai Besi, di sini.
"Anggota kami sudah menyusuri sungai ini dari tempat perangkap sampah ke hilir sungai," katanya ketika ditemui, hari ini.
Berita berkaitan
> 3 rakan lemas gagal ditemui (VIDEO): http://hmtro.com/1QQNb76
> Tiga rakan lemas bersama: http://hmtro.com/1PXijlk
11215shaby1
Kuala Lumpur: Mayat remaja berusia 14 tahun dipercayai seorang daripada tiga mangsa yang hilang di Sungai Puyoh, Kem Perdana Sungai Besi, petang semalam ditemui di tasik PPR Muhibah pagi tadi.