Johor Bahru: Ahli perniagaan berusia 44 tahun parah selepas ditembak di rusuk kanan oleh dua lelaki yang menaiki motosikal di hadapan restoran di Jalan Trus di sini, 12.03 tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan menuju ke keretanya sebelum dua lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan dengan satu daripadanya mengenai mangsa.
"Mangsa dibawa terus ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini oleh orang awam yang berada berdekatan tempat kejadian dengan memandu kereta mangsa.
"Menurut saksi suspek menggunakan helmet berpenutup muka gelap dan berjaket hitam. Mangsa berada di tempat kejadian kerana baru mahu melawat kedai cakera padatnya yang sedang beroperasi.
"Suspek dipercayai menggunakan senjata semi automatik. Kejadian berlaku tersangat pantas dan penembak melepaskan tembakan tanpa memberhentikan motosikal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
28715

Johor Bahru: Ahli perniagaan berusia 44 tahun parah selepas ditembak di rusuk kanan oleh dua lelaki yang menaiki motosikal di hadapan restoran di Jalan Trus di sini, 12.03 tengah malam tadi.



