Kuala Lumpur: Adik Timbalan Pendakwa Raya mendiang Anthony Kevin Morais, disahkan melarikan diri selepas membuat sidang media mengaitkan kematian abangnya itu dengan 1MDB.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Charles Suresh Morais dilapor meninggalkan negara ini melalui pintu keluar di Johor Bahru, Johor, sejurus membuat sidang media di ibu negara.
"Ini adalah tindakan pengecut, jika dia (Charles Suresh) ada maklumat dia perlu bantu siasatan polis. Bukan buat tuduhan liar kemudian melarikan diri," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Siri 2/2015, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.
Beliau berkata, polis akan memanggil seorang peguam yang dikatakan bersama-sama Charles Suresh dalam sidang media itu untuk membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 202 Kanun Tatacara Jenayah dan 124L Kanun Keseksaan.
larike
Kuala Lumpur: Adik Timbalan Pendakwa Raya mendiang Anthony Kevin Morais, disahkan melarikan diri selepas membuat sidang media mengaitkan kematian abangnya itu dengan 1MDB.