Bangi: Syed Mohd Bakri Syed Ishak (Syed), 33, dinobatkan juara Pencetus Ummah (PU) musim ketiga, malam tadi.
Guru bahasa Arab yang juga anak jati Kuantan, Pahang itu mengenepikan tiga peserta lain iaitu Abdul Zaid Abdul, 30, Mohd Amirul Amin Maulana Lokman Hakim (Amin), 25, dan Taha Mohd Omar (Taha), 29.
Mimbar Akhir Pencetus Ummah bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Kemenangan itu sekaligus melayakkan Syed membawa pulang RM100,000 tunai dan trofi.
Tempat kedua menjadi milik Taha, ketiga Zaid dan keempat Amin.
Mereka, masing-masing menerima RM10,000 tunai beserta trofi.
Mimbar akhir PU menyaksikan setiap peserta menyampaikan dua tugasan tazkirah secara solo dan duet dengan finalis PU sebelumnya.
Sama seperti musim sebelumnya, sistem penjurian berdasarkan 70 peratus daripada juri profesional manakala baki 30 peratus undian penonton.
Dua juri tetap program ini adalah Datuk Ustaz Mohd Kazem Elias yang juga pengetua PU 3 dan penyampai radio Sinar FM, Abby Fana.
Sementara itu dua jemputan terdiri daripada Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin dan Dr Mohd Farid Ravi Abdullah.
Bertemakan Dakwah Dengan Akhlak, kesemua finalis mendapat bimbingan tenaga pengajar Ogy Ahmad Daud selaku guru persembahan, Imam Muda Asyraf, PU Azman dan Hafiz selaku pengajar.
Program ini menampilkan Ustaz Zulkefli Hamat dan Shamsul Ghau Ghau selaku pengacara.
Penonton turut dihiburkan barisan penyanyi jemputan, Aweera, Mawi, Daly Filsuf, In-Team dan UNIC.
kajdhaskd
Bangi: Syed Mohd Bakri Syed Ishak (Syed), 33, dinobatkan juara Pencetus Ummah (PU) musim ketiga, malam tadi.