Tanjung Malim: Suspek kes pembunuhan yang memenggal kepala lelaki di tepi Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di Kampung Batu 4, Slim River, dekat sini pada 13 November lalu didakwa di Mahkamah Majistret Tanjung Malim, pagi tadi.
Tertuduh, Muhamad Naji Saad, 35, yang bekerja sebagai pemandu lori didakwa membunuh K Ganesan, 50, di tepi jalan berkenaan pada 2.30 pagi, 13 November 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fahrul Razi Zainal Abidin di hadapan Majistret Syahdatul Kamilah Zakaria, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Muhamad Naji selepas dibacakan pertuduhan hanya hanya berdiam diri dan tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Fahrul Razi meminta mahkamah tidak membenarkan tertuduh dijamin kerana kesalahan dilakukannya adalah serius serta meminta tarikh sebutan semula kes bagi menunggu keputusan bedah siasat dan ujian DNA.
Syahdatul Kamilah kemudian menetapkan 4 Januari 2016 bagi sebutan semula kes.
Tertuduh yang berpakaian lokap polis warna ungu dibawa ke mahkamah kira-kira 8.45 pagi tadi dengan menaiki kenderaan polis.
Dalam kejadian pada 13 November lalu, pekerja kedai barangan lusuh, K Ganesan, 50, dipenggal kepalanya sebelum suspek dipercayai mencampak badan mangsa ke dalam longkang dan melarikan kepala mangsa sejauh kira-kira 250 kilometer hingga ke kediaman bapa suspek di Air Jada, Gerik.
Suspek diberkas kira-kira 3 petang hari sama dan polis turut menemui kepala mangsa serta parang yang dipercayai digunakan untuk menenggal kepala mangsa.
Suspek kemudian direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan sebelum didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
251115court1

Tanjung Malim: Suspek kes pembunuhan yang memenggal kepala lelaki di tepi Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di Kampung Batu 4, Slim River, dekat sini pada 13 November lalu didakwa di Mahkamah Majistret Tanjung Malim, pagi tadi.



