Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Si cilik petah al-Quran [VIDEO]

$
0
0
Utama

nurulhuda_kosnon@hmetro.com.my

KETIKA umurnya empat tahun, dia sudah khatam al-Quran. Kini usianya lima tahun dan dia sudah mempamerkan ketrampilan menghafal beberapa surah ayat kitab suci itu dengan lancar.

Itu anugerah dimiliki Naeilah Al-Farafisya Mohamad Shukri, yang ditemui di kediaman keluarganya, di Sri Petaling.

Ketika kru myMetroTV di rumah itu dan meminta dia membacakan beberapa baris ayat dalam surah Al-Waqiah dan Yassin, Naeilah terus memperdengarkannya tanpa membuka al-Quran.

Selesai memperdengarkan bacaan, Ibunya, Iffah Baharudin, 24, berkata: “Dia (Naeilah) ada bagitau yang dia bercita-cita menjadi ustazah apabila besar.”

Ayahnya, Mohamad Shukri Mohamad Sokher, 30, berkata perwatakan dan rutin harian Naeilah sama seperti kanak-kanak seusianya iaitu bermain, bersiar-siar bersama keluarga dan menonton televisyen.

Bagaimanapun, katanya, tiada apa lebih membanggakan dia dan isteri sekiranya dapat melihat anak perempuan sulung mereka membesar dengan penuh didikan agama.

“Lebih membanggakan kami apabila Naeilah pun dah pandai mengajar adik bongsunya, Salman Al-Farisi (tiga tahun) membaca al-Fatihah.

"Sebenarnya, Naeilah mula diperdengarkan ayat suci al-Quran ini sejak daripada dalam kandungan ibunya.

“Isteri saya, Iffah beberapa kali khatam al-Quran sepanjang kehamilan. Begitu juga ketika Iffah hamil anak kedua kami," katanya.

Bagaimanapun, katanya, tiada unsur paksaan terhadap kedua-dua anak mereka terutama untuk menghafal al-Quran apatah lagi dalam usia yang masih kecil.

"Tapi, Alhamdulillah...Naeilah menunjukkan ketrampilan itu,” katanya.

Mohamad Shukri yang kini menuntut di sebuah Madrasah di Kuala Lumpur berkata, rutin harian anak sulungnya adalah solat Subuh berjemaah, membaca Yassin sebelum ke sebuah tadika dekat rumah.

"Selesai tadika, saya akan menghabiskan masa berbual secara santai sambil berkongsi sirah Nabi Muhammad SAW.

“Kemudian saya dan isteri akan menemani Naeilah dan adiknya bermain di di taman permainan dekat dengan rumah.

“Selesai Maghrib, saya akan mentasmik hafazan dan bacaan al-Quran Naeilah sehinggalah masuk waktu solat Isyak," katanya.

Menurutnya, bagi memastikan Naeilah dapat menghafal ayat suci al-Quran dengan baik, dia dan isteri turut menitikberatkan faktor pemakanan harian mereka sekeluarga.

“Saya dan isteri pastikan tidak mengambil makanan yang syubhah. Selain itu, kami mengamalkan buah tamar dan kismis. Makan nasi hanya sekali sehari iaitu pada waktu petang," katanya.

Sementara itu, Iffah pula berkata, dia mendapati Naeilah gemar menghafal apa juga bahan bacaan, temasuk al-Quran dari usia seawal tiga tahun.

"Pada peringkat usia itu juga dia kerap mengajak dan mengajar adik lelakinya al-Fatihah dan apa juga subjek yang dipelajarinya di kelas agama selepas pulang dari tadika,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Ilmuan Malaysia yang juga penceramah bebas, Ahmad Fauzan Yahaya, berkata kesungguhan Naeilah menghafal al-Quran perlu dijadikan panduan kepada kanak-kanak lain.

“Situasi sekarang, kanak-kanak lebih terdedah dengan 'gadget' dan alat telekomunikasi serta perkara yang tidak berfaedah, " katanya ketika dihubungi.

Ahmad Fauzan berkata, kebiasaannya untuk menghafal dan membaca ayat al-Quran perlu melalui beberapa peringkat termasuk hukum tajwid dan makhraj.

"Saya melihat dia (Naeilah) mampu menghafal surah Al-Waqiah dan Yassin dengan betul. Tapi, perlu perkemas dan perbaiki ayat yang dihafal terutama di sudut hukum tajwid dan makhraj huruf," katanya.

Images: 

hgdjds

Image: 
GN4id: 
11756988
Lead: 

KETIKA umurnya empat tahun, dia sudah khatam al-Quran. Kini usianya lima tahun dan dia sudah mempamerkan ketrampilan menghafal beberapa surah ayat kitab suci itu dengan lancar.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Videos: 
Naeilah Al-Farafisya, 5 tahun, petah Al-Quran
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853