Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Pegawai polis, kontraktor ditahan

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menahan enam individu termasuk pegawai kanan serta kontraktor bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta membaik pulih dan menaik taraf Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, semua individu berkenaan ditahan dalam beberapa siri tangkapan yang dilakukan pihak polis bermula Jumaat hingga awal pagi tadi.

Katanya, salah laku ini dikesan oleh Naziran PDRM dan susulan itu, polis membuka kertas siasatan terhadap mereka yang terbabit sebelum membuat tangkapan untuk tindakan selanjutnya.

"Polis sudah menyita beberapa kenderaan mewah dan akaun bank milik individu yang terbabit dengan kes berkenaan bagi membantu siasatan lanjut.

“€œTangkapan dilakukan sejak kelmarin sebelum penahanan terakhir membabitkan pegawai polis kanan yang dilakukan pada jam 6 pagi tadi,"katanya ketika ditemui di Bukit Aman, hari ini.

Menurutnya, polis kini dalam proses mendapatkan perintah reman terhadap mereka bagi memulakan siasatan lanjut.

Khalid berkata, penahanan ini jelas membuktikan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutamanya dalam soal membabitkan kes jenayah.

Images: 

221115cuffs2

Image: 
GN4id: 
11752315
Lead: 

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menahan enam individu termasuk pegawai kanan serta kontraktor bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta membaik pulih dan menaik taraf Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853