Paris: Ketika ribuan penduduk Paris dan pelancong bersantai dan ada antaranya ke stadioum untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara Perancis dan Jerman, mereka dikejutkan dengan serangan maut.
Dilaporkan semua itu adalah ankara beberapa individu bersenjatakan AK47 dan bom yang disematkan di badan mereka.
Serangan mereka nampak dirancang rapi.
Berikut adalah kenyataan beberapa saksi:
> Charlotte Brehaut dan rakannya sedang makan malam di Le Petit Cambodge iaitu restoran Kemboja apabila dia mula terdengar tembakan di di jalanan: “Tiba-tiba kami terdengar tembakan dan bagaikan ada kaca pecah.
“Kami tunduk. Begitu juga dengan orang ramai yang sedang makan. Saya cuba tarik lengan wanita yang dah rebah di lantai. Dia ditembak di dada.”
Pihak berkuasa Perancis mendakwa 14 terbunuh di di Petit Cambodge.
> Keadaan paling buruk adalah di dewan konsert Bataclan, apabila 112 terbunuh. Wartawan yang menyaksikan konsert heavy metal dapat melepaskan diri.
Julien Pearce berkata: “Kami meniarap di lantai. Memang terlalu cemas ketika itu. Ada lelaki bersenjata menambak ke arah kami antara 10-15 minit. Darah merata-rata.”
Pihak berkuasa Perancis mengesahkan 153 terbunuh
* 112 terbunuh di Bataclan
* 14 terbunuh di Rue Bichat, dekat restoran Le Petit Cambodge
* 19 mati di Rue de Charonne di daerah ke-11, di luar bar dikenali sebagai La Belle Equipe.
* Empat terbunuh di Avenue de la Republique, di daerah ke-10
* Empat terbunuh di luar Stadium Stade de France, di Saint-Denis, di utara Paris
hdgasd
Paris: Ketika ribuan penduduk Paris dan pelancong bersantai dan ada antaranya ke stadioum untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara Perancis dan Jerman, mereka dikejutkan dengan serangan maut.