Putrajaya: Bangunan Kementerian Kesihatan Kompleks E, di sini disahkan selamat oleh pihak bomba kira-kira 4.30 petang selepas bungkusan serbuk putih dipercayai antraks dibawa keluar.
Penolong Ketua Pengarah Bahagian (Operasi) Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Zurkarnain Mohd Kassim berkata, kakitangan wanita yang membuka bungkusan berkenaan juga tidak dihantar ke hospital sebaliknya diminta membersihkan diri.
"Bungkusan berkenaan akan dibawa ke makmal Pusat Penyelidikan Bomba di Bandar Enstek, Negeri Sembilan untuk dianalisis sama ada serbuk putih ditemui adalah antraks atau sebaliknya.
"Keputusan analisis dijangka diketahui dalam masa satu atau dua hari,"katanya ketika ditemui di pekarangan bangunan Kementerian Kesihatan.
Menurutnya, ketika kejadian Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di tingkat empat bangunan berkenaan.
angtrak.png
Putrajaya: Bangunan Kementerian Kesihatan Kompleks E, di sini disahkan selamat oleh pihak bomba kira-kira 4.30 petang selepas bungkusan serbuk putih dipercayai antraks dibawa keluar.