Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Banjir lumpur bukan tanah runtuh [VIDEO]

$
0
0
Utama

am@hmero.com.my

Bentong: ANIH Bhd sahkan kejadian di kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak bukanlah disebabkan tanah runtuh sebaliknya banjir lumpur.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ANIH Bhd, Datuk Dr Azmil Khalid dalam sidang medianya di lokasi kejadian berkata, kejadian berkenaan disebabkan banjir lumpur yang berlaku di atas kawasan bukit berhampiran.

"Jika kita teliti, tiada runtuhan tebing sebaliknya siasatan mendapati banjir lumpur membawa serpihan kayu dan tanah dari atas bukit.

"Saya tidak boleh pastikan sama ada aktiviti di atas bukit itu berlesen atau tidak kerana di luar bidang kuasa ANIH namun saya tegaskan kejadian ini bukanlah berlaku disebabkan tanah runtuh," katanya.


#banjirlumpur Lebuhraya KL-KarakKerja pembersihan jalan arah Karak-KL sedang giat dijalankan.Polis juga sudah membuka...

Posted by Harian Metro * myMetro on Wednesday, 11 November 2015

Kerja pembersihan jalan juga dijangka mengambil masa dua hari, katanya.

Azmil berkata, pihaknya juga mengesahkan video yang tersebar luas di Internet berkaitan tanah runtuh itu sebenarnya berlaku di China dan bukannya di lokasi kejadian.

Images: 
GN4id: 
11540969
Lead: 

Bentong: ANIH Bhd sahkan kejadian di kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak bukanlah disebabkan tanah runtuh sebaliknya banjir lumpur.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Videos: 
Banjir lumpur di KM 52.4 Lebuhraya KL-Karak
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853