Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Hujan lebat berterusan punca tanah runtuh

$
0
0
Utama

srul@hmetro.com.my

Bentong: Kejadian tanah runtuh di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini, petang tadi berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak 5.30 petang.

Pengendali lebuh raya itu, ANIH Bhd dalam kenyataannya berkata, dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, tanah runtuh, pokok dan batu melitupi laluan kira-kira 250 meter di kedua-dua arah.

"Sehingga jam 11 malam tadi, kami masih melakukan kerja pembersihan sebelum laluan itu boleh dibuka semula untuk semua kenderaan.

"Polis trafik dan pasukan keselamatan juga berada di lokasi untuk menyuraikan trafik.

"Kami juga akan melaksanakan siasatan menyeluruh dengan serta merta untuk mengenal pasti punca tanah runtuh ini," katanya.

Orang ramai diminta untuk tidak mendengar khabar angin dan merujuk kepada twitter @LPTTrafik atau talian hotline 095479111 untuk mengetahui perkembangan terkini.

Sementara itu, tinjauan di tempat kejadian mendapati sebuah kereta Perodua Kancil milik pekerja Jabatan Perhutanan Pahang hilang di bawa arus banjir lumpur, manakala Perodua Viva dan empat motosikal rosak selepas dihempap pokok.

Images: 

viva.png

Image: 
GN4id: 
11535767
Lead: 

Bentong: Kejadian tanah runtuh di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini, petang tadi berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak 5.30 petang.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853