Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Vivoactive HR untuk yang aktif

$
0
0
IT@Metro

JIKA anda masih mencari-cari jam pintar sporty yang memang menjadi idaman setiap lelaki dan wanita yang mementingkan kecergasan tubuh badan, Garmin ada jawapannya.

Bukan setakat itu, mereka yang mengidamkan jam tangan pintar trendy yang boleh merakamkan data-data semua aktiviti.

Berlari, berkayuh basikal, berenang, mendayung, mendaki dan luncur merentas desa, semua data ini dapat dikumpulkan dengan hanya memakai jam tangan pintar, Vivoactive HR keluaran Garmin.

Berbeza dengan produk Garmin yang lain, Vivoactive HR bukan hanya direka cipta untuk kegunaan para atlet semata-mata sebaliknya ia adalah aksesori mesti milik yang sesuai untuk kegunaan mengukur dan menyimpan data kecergasan harian setiap lelaki dan wanita aktif.

Ia adalah penyelesaian tuntas kepada mereka yang memiliki gaya hidup aktif.

Jam tangan pintar ini mampu merakamkan data hampir semua setiap aktiviti seperti melangkah, naik turun tangga malah pembakaran kalori, makluman daripada telefon pintar sama ada iPhone atau Android, pengesan denyut nadi binaan dalam dan sistem pengesan global (GPS).

Bateri tahan lebih lama

Paling menarik ialah ketahanan bateri Vivoactive HR yang tidak perlu dicaj pada setiap malam.

Sebaliknya tempoh penggunaannya mampu menjangkau sehingga lapan hari selain 13 jam penggunaan aktif GPS. Itu adalah kelebihan yang tidak mungkin didapati berbanding jenama-jenama pesaing lain dalam kategorinya.

Ketahanan bateri yang panjang itu turut memberikan turut memberikan kelebihan kepada peminat dan pemain golf.

Anda boleh memuat turun sehingga 40,000 lapangan golf di seluruh dunia melalui pangkalan data Garmin. Aplikasi golf mampu memaparkan lapangan dengan dengan ringkas yang boleh membantu anda mengingati markah termasuk memastikan anda di atas atau di bawah par.

Ciri ‘PinPointer’ yang terdapat pada setiap model Vivoactive HR berupaya menunjukkan arah yang betul semasa pemain tidak dapat melihat lapangan ‘green’ selain mampu mengukur jarak pukulan dengan hanya satu sentuhan punat.

Reka bentuk

Vivoactive HR direkabentuk dengan lebih rekaan lebih maskulin berbanding Vivosmart, maka jika anda lelaki yang gemarkan gaya lebih ‘macho’, jam pintar ini sepatutnya menjadi pilihan anda.

Walaupun berbentuk segi empat tepat yang mungkin kaku bagi sesetengah orang, ia tetap menjadi pilihan kerana itulah tidak hairan ia adalah model antara yang paling laris menurut laman web wakil pengedar sah Garmin Malaysia di www.aeco.com.my.

Model ini aadalah jam tangan kalis air sehingga 50 meter dengan paparan yang tidak silau dan terang semasa di siang hari namun sedikit malap di dalam kawasan tertutup. Dengan kata lain tahap terang paparannya adalah berpadanan dengan keperluan pemiliknya, tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap.

Selain Vivoactive HR, model-model lain yang paling laris ialah Vivosmart HR, Vivoactive, Vivosmart, Vivofit 2 dan Vivofit.

Pengesan kadar denyut nadi

Bagi peminat jam tangan pintar khususnya dengan binaan pengesan kadar denyut nadi, mereka pastinya mengetahui bahawa pengesan di pergelangan tangan ada kelemahannya untuk mengesan denyut nadi dengan tepat.

Bagaimanapun dengan Vivoactive HR, aplikasi berkenaan dicipta dengan lebih baik, walaupun tidak sempurna tetapi ia cukup sempurna untuk pemiliknya.

Tetapi sekiranya anda mahukan bacaan denyut nadi yang lebih tepat, penyelesaiannya ialah dengan memadankan jam tangan anda dengan tali pengesan dada Garmin.

Apa pun dengan harga RM1,199 seperti yang dipaparkan di laman web www.aeco.com.my, ia adalah pelaburan berbaloi untuk para pencinta kehidupan yang aktif dan sentiasa cergas.

SPESIFIKASI

DIMENSI: 30.2 milimeter (mm) x 57 mm x 11.4 mm.

RESOLUSI: 205 x 148 piksel

SKRIN: Skrin sentuh dan berwarna

BERAT: Sehingga 48.2 gram

BATERI: Lithium boleh dicas semula

KEDUDUKAN DALAM AIR: 5 ATM

Image: 
Image: 
Image: 

JIKA anda masih mencari-cari jam pintar sporty yang memang menjadi idaman setiap lelaki dan wanita yang mementingkan kecergasan tubuh badan, Garmin ada jawapannya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853