Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Sampai dah Pak Nasir

$
0
0
Utama

mohd.aizat@hmetro.com.my

PELARI solo, Nasir Abas, 62, berjaya menamatkan larian 500 kilometer (km) dari Stadium Shah Alam, Ahad lalu selepas tiba di Stadium Darulaman, Alor Setar, 4.15 petang, hari ini.

Beliau tiba di perkarangan stadium itu selepas memulakan fasa terakhir lariannya dari Guar Chempedak, 9 pagi tadi.

Dalam lariannya itu, Nasir berkata, tidak banyak cabaran yang dilalui pada larian kali ini.

“Sepanjang larian, tiada banyak masalah yang saya lalui terutama dari segi kesihatan malah keadaan cuaca yang agak redup dan tidak begitu panas memudahkan larian saya.

“Setiap hari saya akan berlari sekurang-kurangnya selama 10 hingga 12 jam memakan jarak antara 80 hingga 90 km,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, bagi memastikan kelancaran larian mengikut jadual yang ditetapkan, beliau akan bermula larian pada 7 pagi selepas solat Subuh.

Nasir atau mesra disapa Pak Nasir diiringi oleh anaknya, Nor Fadzeli Nasir, 29, dan rakan anaknya itu, Sallehudin Jamandi, 30, sejak dari awal larian tiba di Jalan Pegawai, Alor Setar sekitar pada 3.30 petang sebelum mengakhiri lariannya di Stadium Darulaman pada jam 4.15 petang.

Ketibaannya di perkarangan stadium itu disambut oleh ahli keluarga, rakan sekampung serta peminatnya yang mengikuti perkembangan lariannya sejak dari awal.

Nasir melakukan larian solo dari Stadium Shah Alam, Selangor menuju ke Stadium Darulaman sejauh 500 km selepas pasukan Kedah menjuarai Piala FA dengan menewaskan Pahang 3-2, Sabtu lalu.

Image: 

PELARI solo, Nasir Abas, 62, berjaya menamatkan larian 500 kilometer (km) dari Stadium Shah Alam, Ahad lalu selepas tiba di Stadium Darulaman, Alor Setar, 4.15 petang, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853