Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

2 terbunuh, 4 tiada khabar

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

PIHAK berkuasa Filipina mengesahkan rakyat Malaysia yang terbunuh dikenal pasti sebagai Kamsa Yahya dari Kedah dan Abdurahman Asmawi dari Kelantan.

Peguam Cara Filipina Jose Calidal, berkata mereka terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Filipina di Bandar Marawi, Mindanao.

“Mereka antara enam terbunuh dalam pertempuran yang berlarutan tiga hari di bandar itu. Ini berikutan tentera berusaha mengusir anggota Maute, kumpulan militan yang ada hubungan dengan Daish,” katanya kepada Reuters.

Laporan The Straits Times memetik jurucakap tentera Filipina Restituto Padilla, berkata rakyat Singapura juga terbabit dalam pertempuran di Marawi itu.

Pertempuran meletus Selasa lalu selepas pasukan keselamatan menyerbu sebuah rumah yang dipercayai tempat persembunyian Isnilon Hapilon, pemimpin Abu Sayyaf yang terkenal dengan kegiatan penculikan untuk wang tebusan dan ketua Daish di Filipina.

Berita berkaitan

Rakyat Malaysia antara militan terkorban

Lancar serangan udara bom Marawi

Image: 

PIHAK berkuasa Filipina mengesahkan rakyat Malaysia yang terbunuh dikenal pasti sebagai Kamsa Yahya dari Kedah dan Abdurahman Asmawi dari Kelantan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853