Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

[UPDATE] Bantuan sampai awal pagi

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

ASET yang dikerahkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke lokasi sembilan kru bot ditemui selamat selepas terputus hubungan hampir 30 jam dijangka tiba, pada 2 atau 3 pagi esok.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis EC-725 sudah dikerahkan malam ini dari pangkalan di Kuantan ke lokasi untuk memberi bantuan perubatan, diikuti dengan kapal TLDM untuk membawa kru pulang.

Sembilan kru bot itu ditemui pada jarak 90 batu nautika dari timur Kuantan oleh kapal dagang.

"Dijangka aset yang digerakkan ini tiba 2 atau 3 pagi dan ia bergantung ke mana mereka akan dibawa. Saya perlu lihat dan mengetahui keadaan semua mereka sebelum membuat keputusan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mereka dijangka sampai balik di Kuantan sekurang-kurangnya pada 9 pagi esok, katanya.

Katanya, pihaknya mendapat maklumat awal mengenai penemuan kru itu daripada kapal dagang yang memaklumkan ternampak bot kapal Tim Menggeledah hanyut ke arah timur laut perairan negara kira-kira 4 petang sebelum pesawat jenis Beechcraft TUDM diarah ke lokasi penemuan bagi membuat tinjauan.

Beliau berkata, pesawat itu membuat pengesahan pada 7.07 malam yang mana bot dan sembilan anak kapal KD Perdana ditemui selamat.

“Alhamdulillah segala latihan yang diberikan serta diajar kepada mereka dapat dimanfaatkan ketika waktu kecemasan seperti ini.

“Walaupun dihanyutkan dan terputus hubungan dalam tempoh yang panjang, mereka masih tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak cemas dalam situasi getir,” katanya.

Bagaimanapun katanya, siasatan sebenar mengenai punca bot berkenaan terputus hubungan masih diteruskan dan tidak dapat memberi pengesahan lanjut mengenai sebarang spekulasi.

Katanya, siasatan mengenai kejadian akan dilakukan dengan lebih mendalam sebaik semua anak kapal dapat ditemubual dan buat masa ini misi TLDM untuk membawa mereka pulang dengan selamat

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), nelayan, rakan sejawat saya dari Singapura, Indonesia dan Vietnam yang turut bekerjasama dalam mencari bot TLDM ini,” katanya.

Kronolgi kehilangan itu bermula pada 9.30 pagi, Sabtu lalu apabila KD Perdana mengesan 10 bot nelayan warga Vietnam di perairan Sedili dengan lima daripadanya berjaya dihalau keluar ke Zon Ekonomi Esklusif (EEZ), manakala lima menghala ke utara Tanjung Sedili.

Pada 1 tengah hari, lima bot nelayan asing dikesan dengan bot peronda diarahkan pergi memeriksa dua bot nelayan asing yang bergerak ke barat, manakala KD Perdana menghalau tiga bot lain.

Pada 1.30 tengah hari, KD Perdana gagal menghubungi bot berkenaan melalui walkie talkie dan memulakan operasi pencarian sebelum operasi dimulakan secara rasmi pada 7.30 malam semalam.

Berita berkaitan:

Alhamdulillah...

Image: 

ASET yang dikerahkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke lokasi sembilan kru bot ditemui selamat selepas terputus hubungan hampir 30 jam dijangka tiba, pada 2 atau 3 pagi esok.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853