Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'Malu saya...'

$
0
0
Utama

mrizanizam@hmetro.com.my

pix Zuhairi Zuber

“MALU juga bila hidup saya ditularkan sebegini rupa sehinggakan saya dimarahi tuan rumah sewa. Tapi benda sudah jadi, saya tidak marahkan sesiapa termasuk pihak yang tularkan kisah hidup keluarga kami," kata Mazuin Jasmi, 37, apabila hidupnya bersama enam anak yang mendiami rumah sewa serba daif tular di media sosial sejak semalam.

Ibu tunggal yang menyewa di Kampung Teluk Belanga, Kuala Sungai Baru di Alor Gajah itu terpaksa meninggalkan enam anaknya berusia antara tujuh bulan hingga 14 tahun di rumah kerana perlu mencari nafkah sebagai pembantu kedai makan di kawasan berhampiran.

Mazuin berkata, dia tidak menyangka kisah hidupnya yang baru dua bulan mendiami rumah itu tular apabila dikunjungi sekumpulan penyumbang yang tidak dikenali semalam.

"Mulanya, saya ingatkan mereka sekadar hendak hulurkan bantuan seperti beras, gula dan sebagainya, tidak sangka pula mereka menularkannya di Facebook.

"Pagi tadi, teruk saya dimarahi tuan rumah yang salah faham kerana menyangka saya menjadikan keadaan rumahnya yang uzur untuk meraih simpati mendapatkan bantuan," katanya.

Menurutnya, walaupun terpaksa menanggung malu namun dia bersyukur kerana ia turut membawa rezeki melalui pelbagai bantuan diterima daripada agensi kerajaan selain masyarakat setempat.

Image: 

pix Zuhairi Zuber


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853