Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Haziqah kuih bakul 'terbaik'

$
0
0
Utama

helmy_rahman@hmetro.com.my

HAZIQAH Nurulhuda Harun, 21, dipilih Ikon Belia sempena Anugerah Belia Negeri Terengganu 2017, di padang bola sepak Kampung Kuala Menjing, Hulu Terengganu, hari ini.

Gagis OKU itu yang mengusahakan kuih bakul di Kemaman, menerima anugerah itu daripada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Anugerah itu berikutan kejayaan gadis itu menceburkan diri dalam perniagaan pembuatan kuih bakul yang dikuasai Cina sehingga mampu memperoleh pendapatan antara RM30,000 hingga RM50,000 sebulan.

Haziqah Nurulhuda berkata, dia berterima kasih atas penghargaan itu dan akan menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk terus cemerlang dalam perniagaan.

"Saya tidak pernah menganggap kekurangan ini satu penghalang untuk maju dan mencapai impian," katanya.

Kisah gadis ini disiarkan di portal berita Harian Metro pada, Jumaat, 27 Januari 2017.

Kisah yang dipetik daripada Bernama itu menerima lebih 70,000 likes di laman Facebook Harian Metro manakala lebih 55,000 kongsi kandungan artikel berkenaan terus dari laman web Harian Metro.

Gadis itu dipetik menjelaskan, dia mempelajari pembuatan kuih itu daripada sahabat Facebooknya, yang berasal dari Beijing, China, dua tahun lalu.

Ternyata kuih bakul diperbuat daripada adunan tepung pulut, air dan gula hasil resepi gadis berkerusi roda ini lebih enak, apabila menerima tempahan tinggi iaitu 4,000 biji sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 2017.

Malah, dia turut menerima tempahan 500 biji dari Singapura dan Qatar.

Baca lagi mengenai HAZIQAH & kuih bakulnya

Kuih bakul sentiasa 'menjadi'

Image: 

HAZIQAH Nurulhuda Harun, 21, dipilih Ikon Belia sempena Anugerah Belia Negeri Terengganu 2017, di padang bola sepak Kampung Kuala Menjing, Hulu Terengganu, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853