Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Surat pecat ADUN DAP kepada SPR

$
0
0
Utama

ekhwan@hmetro.com.my

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sarawak sudah menghantar surat makluman mengenai perlucutan Dr Ting Tiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, pemakluman itu diserahkan kepada SPR bagi tindakan selanjutnya suruhanjaya itu.

Menurutnya, tindakan perlucutan itu dibuat selaras dengan Artikel 21(5) Perlembagaan Sarawak.

"Pembangkang mempertikaikan keputusan yang dibuat DUN Sarawak, namun sudah terbukti Dr Ting memiliki dan mengamalkan hak sebagai rakyat Australia sebelum ini.

"Walaupun mendakwa sudah menyerahkan semula kerakyatan Australia, Dr Ting perlu memohon semula kerakyatan Malaysia berdasarkan Artikel 23(1) Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam sidang media di DUN Sarawak, Petra Jaya, hari ini.

DUN Sarawak melucutkan kelayakan ADUN dari DAP itu selepas usul mengenai kerakyatannya diusulkan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh, Jumaat lalu.

Pilihan Raya Kecil Pujut bakal diadakan dalam tempoh 60 hari selepas SPR menerima surat pemakluman pengosongan kerusi berkenaan.

Image: 

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sarawak sudah menghantar surat makluman mengenai perlucutan Dr Ting Tiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853