POLIS menahan seorang suspek kes samun dan rogol di sebuah premis judi di Bandar Kinrara, Serdang, yang tular di laman sosial sejak 12 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan di rumah sewanya di Kuala Selangor, pada 5.30 petang, semalam.
"Pemeriksaan lanjut mendapati suspek positif dadah jenis methamthamine.
"Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 20 Mei bagi membantu siasatan," katanya.
Megat Mohamad Aminuddin berkata, pihaknya masih memburu rakan suspek yang terbabit dalam kes berkenaan.
"Kami sudah mengenal pasti suspek kedua kes ini dan usaha memburu lelaki berusia lingkungan 20 itu sedang giat dijalankan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 376/395 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol dan samun," katanya.
Sebelum ini, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dua suspek yang menyamun dan merogol pekerja premis judi berkenaan menjadi tular di laman sosial sejak 12 Mei lalu.
POLIS menahan seorang suspek kes samun dan rogol di sebuah premis judi di Bandar Kinrara, Serdang, yang tular di laman sosial sejak 12 Mei lalu.