Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Johor negeri pertama [METROTV]

$
0
0
Utama

izlaily@hmetro.com.my

LARIAN Obor Kuala Lumpur 2017 yang dianjurkan sempena sambutan Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Kesembilan, memulakan siri jelajahnya di Johor Bahru, hari ini.

Johor menjadi negeri pertama memulakan Larian Obor yang dilepaskan dari Dataran Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat hingga ke sempadan Kulai yang berakhir di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

Obor bagi Kuala Lumpur 2017 itu dibawa sejauh kira-kira 15 kilometer ke UTM dengan lebih 300 peserta menyertai acara larian itu.

Acara pelepasan disempurnakan oleh Setiausaha Ahli Parlimen Pulai, Datuk Abd Rashid Kasman sebagai wakil rasmi Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Johor, Abdul Gani Abdul Rahman.

Selepas Johor Bahru, obor itu akan dibawa melalui beberapa daerah lain sepanjang lebih 200 kilometer di Johor termasuk Kulai, Kluang, Batu Pahat, Muar dan Tangkak.

Kira-kira 1,000 warga Johor akan menyertai Larian Obor KL2017 di Johor.

Larian Obor ini diteruskan daripada Larian Baton Bangkit Bersama yang menjelajah ke negara Asia Tenggara bermula dari Brunei ke destinasi terakhir, Singapura, semalam.

Acara kemuncak adalah apabila obor ini dibawa masuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyalakan api KL2017 pada malam pembukaan KL2017 pada 19 Ogos 2017.

Api ini akan menyala secara berterusan sehingga dipadamkan ketika upacara penutup, menandakan tamatnya temasya sukan berkenaan.

Image: 

LARIAN Obor Kuala Lumpur 2017 yang dianjurkan sempena sambutan Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Kesembilan, memulakan siri jelajahnya di Johor Bahru, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853