Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

[UPDATE] Bukan tebusan pertama rupanya

$
0
0
Utama

SUSPEK lelaki warga asing yang menjadikan wanita sebagai tebusan di Jalan Damai-Luyang, Kota Kinabalu, semalam terlebih dahulu menjadikan pembantu rumah sebagai tebusan pertama.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, suspek berusia 26 tahun itu memecah masuk rumah di Taman Istimewa sebelum disedari oleh pemilik rumah berkanaan.

"Bimbang ditangkap, suspek bertindak memegang pembantu rumah sebagai tebusan lalu pemilik kemudian menghubungi polis.

"Tidak lama kemudian sepasukan polis tiba sebelum suspek melepaskan pembantu rumah dan melarikan ke rumah jiran.

"Suspek kemudian menangkap wanita berusia 25 tahun dan membawa lari wanita terbabit sambil mengacukan pisau pemotong sayur di leher wanita terbabit.

"Polis kemudian melakukan rundingan hampir 2 jam sebelum wanita itu diselamatkan manakala suspek diberkas," katanya kepada media selepas penutupan Bengkel Pemberitaan Pemerdagangan Manusia di Tawau, hari ini.

Tambah Ramli, hasil siasatan suspek adalah warga asing dan positif dadah jenis syabu.

"Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan 363 akta sama.

"Wanita yang dijadikan tebusan itu menerima rawatan luar dan masih dalam keadaan traum," katanya.

Berita berkaitan:

Suspek jadikan wanita tebusan direman [METROTV]

Tak mahu wang

Penyamaran selamatkan nyawa tebusan

Tebusan diselamatkan, penjenayah ditahan

Pisau masih di leher [METROTV]

Diacu senjata tajam

Image: 

SUSPEK lelaki warga asing yang menjadikan wanita sebagai tebusan di Jalan Damai-Luyang, Kota Kinabalu, semalam terlebih dahulu menjadikan pembantu rumah sebagai tebusan pertama.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853