Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'Biarlah dia dikebumi di sana'

$
0
0
Utama

mrizanizam@hmetro.com.my

KAKAK kepada Ketua Militan Malaysia berpangkalan di Syria, Muhamad Wanndy Mohamad Jedi, 27, yang disahkan terbunuh dalam serangan dron di Raqqa, Syria pada 29 April lalu tidak mengharapkan jenazah adiknya itu dibawa pulang ke Malaysia.

Nur Dianna Mohamad Jedi, 28, berkata, ini kerana ia sudah menjadi pilihan adiknya yang sempat berpesan sebelum ini.

"Sebelum dia membawa haluan diri selepas kematian ibu pada 2013, dia pernah berpesan kepada saya kebumikan dia di tempat dia meninggal dunia.

"Lagipun, melihat keadaan keretanya yang musnah dibom dalam insiden itu, mungkin jasadnya juga tidak lagi sempurna dan sudah pun dikebumikan di sana," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Baru Dalam, Melaka, hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi status akaun Twitternya semalam mengesahkan Muhamad Wanndy terbunuh dalam satu serangan pada hujung bulan lalu selepas meneliti maklumat risikan diperoleh.

Wanndy ke Syria pada Januari 2015 dan menjadikan negara bergolak berkenaan sebagai pangkalan sebelum didakwa mengeluarkan arahan kepada pengikutnya di Malaysia.

Beberapa bulan selepas menyertai satu daripada ratusan kumpulan pejuang di negara itu iaitu Khatibah Nusantara, Muhamad Wanndy mula popular selepas pembabitannya dalam video memenggal kepala seorang warga Syria pada Mei tahun lalu yang turut dikongsikan di Facebook.

Wanndy juga dipercayai mencari pengaruh untuk menaikkan namanya dalam kalangan pemimpin besar Daish di Syria dan Iraq dengan cuba menunjukkan berlaku aktiviti pengeboman di rantau Asia.

Image: 

KAKAK kepada Ketua Militan Malaysia berpangkalan di Syria, Muhamad Wanndy Mohamad Jedi, 27, yang disahkan terbunuh dalam serangan dron di Raqqa, Syria pada 29 April lalu tidak mengharapkan jenazah adiknya itu dibawa pulang ke Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853