Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Makmal dadah RM6.8 juta

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

POLIS Pulau Pinang menahan seorang lelaki 50-an dalam serbuan di flat disyaki menjadi lokasi memproses dadah bernilai RM6.8 juta di Taman Paya Terubong di sini Jumaat lalu.

Serbuan jam 10.30 pagi itu membabitkan sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri hasil pemantauan dan intipan dilakukan.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, dalam pemeriksaan itu seorang lelaki berusia 50 tahun ditahan di hadapan rumahnya sebelum pemeriksaan dilakukan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan polis membongkar sebuah makmal memproses dadah dan menemui beberapa peralatan memproses dadah.

"Dalam pemeriksaan itu, polis merampas 13.92 kilogram (kg) dadah jenis heroin, syabu (20kg), serbuk ekstasi (35.3kg), cecair Met (33 liter), serbuk kafein (20kg) dan peralatan memproses dadah.

"Anggaran keseluruhan harga pasaran adalah RM6.8 juta dan suspek dipercayai menjalankan operasi memproses dadah sejak sebulan lalu," katanya pada sidang media di Georgetown sebentar tadi.

Chuah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman sehingga 12 Mei depan untuk siasatan lanjut selain turut memiliki tiga rekod jenayah lampau.

Image: 

POLIS Pulau Pinang menahan seorang lelaki 50-an dalam serbuan di flat disyaki menjadi lokasi memproses dadah bernilai RM6.8 juta di Taman Paya Terubong di sini Jumaat lalu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853