Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Bantu tetap bantu [METROTV]

$
0
0
Utama

mhafis@hmetro.com.my

DERUMAN enjin pesawat Tentera Udara Syria yang terbang rendah di beberapa kali di kawasan Jibrain yang menempatkan pelarian Syria menyebabkan sukarelawan Aman Palestin tersentak.

Pengarah Misi Kemanusian Syria Ke-10, Anas Abdul Wahab, berkata walaupun pihaknya sudah menjangkakan berdepan suasana letupan bom, pesawat tentera dan tembakan, kebimbangan tetap ada.

"Kami memang sudah bersedia berdepan situasi ini kerana berada di bandar yang sedang berperang ketika ini dan sebaik melihat pesawat itu memang bimbang.

"Namun, kami berupaya mengawal perasaan dan bersyukur keadaan itu hanya seketika dan bantuan berjaya diserahkan," katanya.


ANAK panah menunjukkan pesawat Tentera Udara Syria yang terbang rendah.

Penulis yang menyaksikan pesawat itu turut berasa bimbang namun lega selepas ia hanya berlaku beberapa minit sahaja.

Sebelum itu, bunyi tembakan turut dapat didengar ketika berada di gudang penyimpanan barangan bantuan Shaba Jadidi.

Keadaan itu menyebabkan rombongan sukarelawan diarahkan masuk ke dalam gudang itu kerana bimbang dengan keselamatan diri selepas dimaklumkan kawasan pertempuran itu hampir gudang terbabit.

Selepas keadaan kembali reda sukarelawan tempatan yang membantu Aman Palestin mula memindahkan barang bantuan ke dalam lori untuk dibawa ke tempat pemberian bantuan.

Image: 
Image: 

DERUMAN enjin pesawat Tentera Udara Syria yang terbang rendah di beberapa kali di kawasan Jibrain yang menempatkan pelarian Syria menyebabkan sukarelawan Aman Palestin tersentak.

Bantuan berjaya disalurkan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853