ENAM pemotong rumput warga Indonesia diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap dalam terowong laluan air di KM 10 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya, Izman Adnan, berkata mereka dipercayai memotong rumput di kawasan tepi lebuh raya itu sebelum hujan lebat, pada 3.40 petang.
"Mereka kemudian pergi ke terowong itu untuk berteduh. Namun, tidak sempat keluar memandangkan air naik mendadak.
"Ketika bomba tiba di tempat kejadian, mereka didpati sedang berada di tepi tebing terowong itu. Mereka terperangkap sekurang-kurangnya sejam,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, lapan anggota bomba melakukan tugas mengeluarkan semua mangsa dan mereka dalam keadaan selamat.
Katanya, selain mangsa, bomba turut mengeluarkan kucing yang kebetulan terperangkap sama di terowong berkenaan.
ENAM pemotong rumput warga Indonesia diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap dalam terowong laluan air di KM 10 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), hari ini.