Aleppo (Syria): Sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin selamat tiba di bandar Aleppo jam 11.30 pagi hari ini (4.30 petang waktu Malaysia) bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa pelarian Palestin dan Syria di sini.
Perjalanan dari Damsyik ke Aleppo mengambil masa lima jam dengan kereta bagi menyerahkan 2,000 lagi bantuan barangan keperluan di sekitar bandar ini dan Kem Al Neirab.
Pengarah Misi Kemanusiaan Syria ke-10 Anas Abdul Wahab berkata, bantuan itu akan disalurkan di sekitar kawasan Aleppo barat yang masih boleh dimasuki berbanding di timur yang terjejas teruk.
Menurutnya, bagaimanapun pihaknya yakin penduduk Syria di sebelah timur ada yang berpindah ke sebelah barat dan mereka juga akan mendapat bantuan itu.
“Kem Al Neirab ini juga salah satu kawasan penempatan pelarian Palestin yang terkena tempias akibat peperangan itu dan mereka ini akan diberi bantuan dalam meringankan beban menjelang Ramadan," katanya.
Barangan bantuan akan diagihkan bermula esok.